Rabu, 29 Julai 2009

Selamat belajar... Network Management

Salam sejahtera semua... selamat datang ke kelas network management saya nanti (29/7/09). Berikut adalah maklumat terkini untuk subjek ini.

Buat permulaan untuk kelas nanti, diharap pelajar dapat membaca topik ini sebagai persediaan. http://www.cisco.com/en/US/docs/internetworking/technology/handbook/NM-Basics.html#wp1020546

SEALAMAT BELAJAR!!!

Rabu, 15 Julai 2009

Mission Accomplished

Pada hari Isnin (13/07/09) telah berlangsung upacara penutup dan penyampaian hadiah Karnival Sukan Piala Emas Rektor Tatiuc 2009.

Acara ini telah berlangsung dgn meriah dan santai di "MC"kan oleh Zahidfullah yg selamba.

Secara peribadi aku bersyukur kerana karnival tahun ini telah berlangsung dgn baik tanpa ada masalah yg besar. Bagi aku selaku Ketua Projek ini, aku merasa "Mission Accomplished" kerana sebenarnya berat juga tanggungjawab yg aku pikul selama ini.

Terima kasih kepada semua AJK yg terlibat. Terima kasih yg tidak terhingga kepada Tuan Rektor TATiUC kerana memberi sokongan yg padu terhadap karnival ini...

Kepada semua peserta, terima kasih dan tahun depan kalau ada rezeki mungkin kita buat lagi...
Hamba melaporkan dari meraga beris utk blog KRY.
Posted by Picasa